Lelaki dakwa dipukul polis, diacukan pistol

0
661
Lim Xiang Hui menunjukkan kesan lebam di bawah matanya

CYBERJAYA- Seorang lelaki berbangsa Cina mendakwa beliau dipukul oleh sekumpulan anggota polis selain turut diacukan pistol dalam kejadian pada 24 Januari lalu.

Lim Xiang Hui, 20, berkata, dalam kejadian di Jalan Muadzam, Pahang itu, anggota polis berkenaan juga turut melepaskan tembakan untuk menghentikan kenderaannya.

“Semasa saya ingin membuat satu ‘U-Turn’ di Jalan Muadzam, ada kereta Myvi yang telah memotong di arah kiri kereta saya dan telah melepaskan tembakan. 

“Saya terus hentikan kereta dan ditahan di tepi jalan. Mereka kenalkan diri sebagai anggota polis dan menarik saya keluar daripada kereta sebelum tangan digari.

“Pada waktu itu, mereka telah memukul saya secara bertubi-tubi. Mereka juga telah menarik saya secara paksa masuk ke dalam kereta myvi yang dinaiki oleh mereka. 

“Mereka juga telah menyambung memukul saya menggunakan tangan Ketika di dalam kereta mereka sambal bertanya saya ‘mana lori’?,” katanya.

Xiang Hui mendakwa, dia tidak mengetahui maksud pertanyaan ‘mana lori’ yang ditanya oleh anggota polis berkenaan sehingga menyebabkannya dipukul. 

“Selepas saya ditahan, polis berkenaan ada tahan dua buah lori. Selepas diperiksa lori itu dilepaskan, mereka juga tahan sebuah lori lagi dan keadaannya juga sama.

“Selepas memeriksa lori dan tidak menjumpai apa-apa, polis menyuruh Saya dan pemandu lori berdiri lantas membuka gari serta melepaskan pemandu lori tersebut. 

“Semasa saya berdiri, pegawai yang memegang pistol telah menendang muka saya. Selepas lori beredar, saya ditarik ke dalam kereta Myvi yang dipandu ke arah Gambang. 

“Selepas itu, Saya telah berhenti di tepi jalan dan seramai tga hingga empat orang Polis telah mengelilingi saya dan kali ini Polis yang memegang pistol telah mengacu pistol tersebut ke arah saya sambal bertanya saya, “mana lori?”. 

“Sekali lagi saya telah menjawab bahawa saya tidak tahu. Mereka menarik saya ke dalam kereta Myvi dan kali ini mereka telah memandu ke arah Rompin.

“Apabila saya sampai ke satu ‘T-Junction’, mereka telah membelok ke kiri dan mereka masih lagi tidak menjumpai lori yang dicari oleh mereka yang mana menyebabkan mereka bertambah marah. 

“Sekali lagi mereka berhenti di tepi jalan dan Polis menarik saya keluar daripada kereta Myvi tersebut. Saya telah dibawa ke satu jalan perhutanan dan Polis yang memegang pistol tanya saya “mana lori?”. 

“Saya juga telah dikelilingi oleh 3-4 orang Polis dan salah seorang daripada mereka yang berbadan gempal telah menendang kaki saya menyebabkan saya jatuh ke atas jalan. 

“Mereka telah menumbuk saya beramai-ramai di seluruh badan saya. Selepas saya dipukul, saya telah ditarik ke dalam kereta Myvi itu dan mereka telah memandu di sekitar kawasan tersebut selama beberapa jam untuk mencari lori yang dimaksudkan. 

“Selepas beberapa jam, mereka masih tidak menjumpai lori dan akhirnya saya telah dibawa ke balai polis Muadzam Shah di mana saya telah dimaklumkan bahawa saya disyaki terlibat sebagai ‘Tonto’ bagi satu sindiket penyeludupan rokok. 

“Pada 26 Januari, saya juga telah dituduh di Mahkamah Majistret di Rompin, Pahang di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan juga satu kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Kesalahan Trafik 1987 kerana memandu secara melulu. 

“Saya telah mengaku tidak bersalah bagi Kedua-dua kesalahan dan telah meminta agar saya dibicarakan. Akibat dipukul itu, saya mengalami kecedaran termasuk lebam di beberapa anggota badan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, ekorang kejadian itu, dia telah membuat satu laoran polis bagi menuntut keadilan dan telah membuat pemeriksaan di Hospital Rompin bagi merujuk kecederaan yang dialami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here