Lelaki Orang Asli maut dipijak gajah liar

0
70
Jabatan Perhilitan

MERSING – Seorang lelaki Orang Asli yang keluar memancing bersama anaknya maut dipercayai diserang seekor gajah di Hutan Simpan Sungai Teresap, Endau dekat sini semalam.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang menimpa Din Janja,61, pada 12.15 tengahari semalam daripada anak lelaki mangsa, Endra Din, 18. 

Menurut maklumat daripada anak lelakinya, bapanya dipijak oleh seekor gajah jantan 

selepas terserempak dengannya dalam kejadian 8.30 pagi semalam ketika mereka keluar untuk memancing.

Menurut Endra, mendiang ayahnya dibawa keluar dari hutan simpan berkenaan oleh penduduk kampung kira-kira pukul 12 tengahari. 

Sementara itu, kakitangan Perhilitan yang melawat keluarga mangsa di Klinik Kesihatan Endau mengesahkan kejadian manakala kunjungan di lokasi kejadian juga mempercayai kewujudan seekor gajah jantan berdasarkan kesan pokok tumbang dan tempat tidurnya.

Gajah dipercayai dari Taman Negara ENdau dan merupakan gajah tunggal yang berpecah dari kumpulannya. Lokasi kejadian memang berlaku di kawasan gajah-gajah liar berkenaan merayau,’’ kata Salman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here