
KUALA LUMPUR – Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di UTC Pudu dan Kaunter Bantuan Khas Kerajaan di Cawangan KL Bandar ditutup bermula hari ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
LHDN dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan dua cawangan itu dilakukan untuk kerja-kerja sanitasi bagi pencegahan Covid-19.
“Sebagai alternatif, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian di www.hasil.gov.my atau kunjungi pejabat LHDNM yang berhampiran.
“Bagi pembayar cukai yang hadir di premis LHDNM, sila pastikan semua Prosedur Operasi Standard (S.O.P) pencegahan penularan wabak Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan dipatuhi sepenuhnya,’’ menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, LHDN mengumumkan sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau HASiL Live Chat di laman web agensi berkenaan.