Liverpool menangis lagi

0
51
Pemain Brighton meraikan kemenangan keatas Liverpool awal pagi tadi

CYBERJAYA – Brighton menambah derita Liverpool awal pagi tadi apabila mengejutkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan jaringan 1-0.

Gol tunggal pemain tengah Brighton, Steven Alzate pada minit ke-56 sudah cukup untuk membuatkan Liverpool terpaksa berputih mata dalam misi meraih mata di Anfield.

Itu merupakan kekalahan kedua berturut-turut anak buah Jurgen Klopp, pada 22 Januari lalu, Burnley terlebih dulu memalukan Liverpool di Anfield apabila meraih kemenangan 1-0.

Kekalahan kepada Brighton itu menyaksikan Liverpool jatuh ke tangga keempat apabila dipintas Leicester City yang mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Fulham di Craven Cottage.

Selepas mengharungi 22 perlawanan, Liverpool kekal mengumpul 40 mata – ketinggalan dua mata di belakang Leicester yang menduduki tangga ketiga.

Manchester City pula terus gah menerajui puncak liga selepas meraih menewaskan Burnley 2-0 hasil jaringan Gabriel Jesus seawal minit ketiga dan Raheem Sterling pada minit ke-33.

Beraksi dalam 21 perlawanan, skuad The Citizens itu kini merekodkan 47 mata meninggalkan pencabar terdekatnya, Manchester United yang mengutip 44 mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here