
MANCHESTER – Liverpool sekali lagi mencatatkan kekalahan, kali ini kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dengan jaringan 1-4.
Kejayaan membesalah Liverpool itu menyaksikan City berjaya mengekalkan kedudukan di tangga teratas EPL mendahului pencabar Manchester United dengan lima mata.
Lebih manis, kemenangan City itu merupakan yang pertama untuk anak buah Pep Gardiola di Anfield sejak 2003 selain dibayangi aksi buruk penjaga gol, Alisson.
Dalam aksi awal pagi tadi itu, City membuka tirai jaringan pada minit ke-49 menerusi IIkay Gundogan sebelum menambah jaringan pada minit ke-73.
Dua lagi gol City dijaringkan pada minit ke-76 dan 83 oleh Raheem Sterling dan Phil Foden.
Gol tunggal Liverpool dijaringkan Salah pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti.