‘Lockdown’ di Penjara Bentong, Penjara Taiping dan kuarters kakitangan dilanjutkan 14 hari lagi

0
51
Gambar hiasan

CYBRRJAYA – Tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Bentong, Penjara Taiping dan kuarters kakitangan dilanjutkan sehingga 22 Februari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini berikutan masih terdapat peningkatan kes positif di lokaliti tersebut

“Sehingga kini, 2,085 ujian saringan telah dilaksanakan di Penjara Bentong dan kuarters kakitangan yang melibatkan tahanan, kakitangan serta kontak rapat dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 767 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesahkan masih terdapat peningkatan kes positif di penjara ini di mana sebanyak 13 kes positif terakhir telah dilaporkan pada kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, di Penjara Taiping dan kuarters kakitangannya, sebanyak 544 ujian saringan telah dilakukan.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 112 kes positif Covid-19 telah direkodkan merangkumi 90 banduan, 21 kakitangan serta 1 ahli keluarga.

“KKM turut mengesahkan terdapat sejumlah 40 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan terdapat tahanan yang masih bergejala.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Penjara Taiping dan kuarters kakitangan selama 14 hari lagi,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here