LPM nafi berlaku rombakan format SPM

0
72
LPM tegaskan tiada perubahan format untuk SPM

CYBERJAYA -Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini menafikan format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan dirombak.

LPM dalam satu kenyataannya berkata, format SPM 2020 kekal seperti sedia ada dan tiada sebarang rombakan akan dilakukan.

“Laporan sebuah akhbar berkaitan perubahan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar.

“LPM juga tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara tersebut,” kata LPM dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut LPM, tajuk dan laporan akhbar itu berbahasa Melayu itu telah menimbulkan banyak kekeliruan.

“Perkara berkenaan telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya kepada calon peperiksaan SPM 2020.

“Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LPM akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai,” katanya.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Melayu menyiarkan laporan ekslusif ‘Wajah Baharu SPM’ di muka hadapan keluarannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here