LZS tidak lantik mana-mana pihak tawarkan pinjaman

0
46
Mesej yang tular mengaitkan nama Lembaga Zakat Selangor untuk pinjaman wang

CYBERJAYA – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan pihaknya melantik mana-mana individu atau organisasi mewakili pihaknya bagi menawarkan permohonan pinjaman wang.

LZS dalam satu kenyataan memaklumkan, ketika ini tular satu mesej di media sosial berhubung permohonan pinjaman wang menggunakan logo agensi berkenaan.

“Kami telah menerima mesej ini yang berlegar berkenaan permohonan pinjaman menggunakan logo Lembaga Zakat Selangor.

“Kami menafikan melantik mana-mana individu atau organisasi untuk mewakili LZS bagi permohonan seperti ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LZS memaklumkan, semua permohonan hendaklah melalui amil kariah yang sah dilantik atau mana-mana cawangan LZS.

“LZS tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana maklumat peribadi yang didedahkan kepada pihak tersebut.

“Kami ingin menyeru kepada semua terutama asnaf LZS agar berhati-hati dengan skim-skim pinjaman sebegini.

“LZS juga memaklumkan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian dan kesulitan yang ditanggung peminjam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here