MAIS serah sumbangan kepada 215 pemandu limosin KLIA

0
60
Anggota MAIS, Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah dalam majlis penyerahan sumbangan kepada pemandu limosin KLIA hari ini

CYBERJAYA-  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyumbangkan makanan asas kepada 215 orang pemandu limosin Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

MIAS dalam kenyataannya berkata, sumbangan yang menggunakan wang kutipan fidyah orang ramai itu diagihkan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM21,500.

“Bantuan berupa set makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan gula disampaikan oleh Anggota MAIS, Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah dan Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Suhaimi Ismail.

“Menerusi bantuan ini, MAIS mengambil inisiatif untuk membantu pemandu  yang turut mengalami kemerosotan pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

“MAIS berharap, semoga bantuan yang disampaikan ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penerima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bantuan sumbangan diserahkan melalui Rakan Strategik Fidyah MAIS (RSFM) iaitu di Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here