MAIWP agih dana zakat RM707.97 juta pada tahun lalu

0
61
Zakat yang anda bayar, MAIWP agihkan kepada mereka yang memerlukan

CYBERJAYA- Sepanjang tahun lalu, sebanyak RM707.97 juta dana zakat telah diagihkan oleh Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP).

MAIWP berkata, agihan berkenaan termasuk agihan menerusi 30 skim bantuan dan agihan menerusi institusi-institusi di bawah MAIWP.

Katanya, menerusi 30 skim bantuan itu, pihaknya telah membantu secara keseluruhan sebanyak 198,227 penerima.

Statistik MAIWP

“Jumlah tertinggi ialah penerima Bantuan Kewangan Bulanan iaitu seramai 26,239 dengan bantuan sebanyak RM105.86 juta.

“Ia membantu asnaf fakir, miskin dan mualaf dengan bantuan tunai bulanan ke akaun bank penerima pada setiap 25 hari bulan.

“Bagi Bantuan Perubatan pula, MAIWP telah membantu seramai 3,552 pesakit dengan jumlah agihan sebanyak RM26.23 juta,” kata MAIWP dalam satu kenyataan.

Agihan zakat menerusi 30 skim bantuan 2020

Menurut MAIWP, bagi tujuan Pendidikan, pihaknya telah membantu 56,512 pelajar bermula dari peringkat sekolah sehingga pengajian tinggi dengan jumlah agihan sebanyak RM52.63 juta.

“Sepanjang tahun lalu, seramai 7,491 orang pelajar atau pelatih di institusi MAIWP ini menerima manfaat zakat dengan jumlah agihan sebanyak RM12.2 juta,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here