MAIWP salur RM1.25 juta bantuan pasca banjir Terengganu

0
55
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menyampaikan bantuan pasca banjir berjumlah RM1.25 juta kepada kerajaan negeri Terengganu.

Terengganu merupakan negeri ke empat yang menerima bantuan itu selepas Johor, Pahang, Kelantan.

Sumbangan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui majlis pelepasan Konvoi Misi Bantuan Banjir MAIWP Ke Terengganu hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Akbar Samon.

Dr. Zulkifli berkata, sebanyak RM1.25 juta diperuntukkan untuk setiap negeri menjadikan jumlah keseluruhan bantuan banjir yang disalurkan oleh MAIWP sebanyak RM5 juta.

“Sebanyak RM1 juta disalurkan dalam bentuk barangan keperluan manakala RM250 ribu disumbangkan untuk masjid yang terjejas di setiap negeri.

“Terima kasih pembayar zakat MAIWP dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Zakat yang anda bayar, MAIWP agihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here