MAIWP taja RM1.34 juta program agihan makanan bermasak

0
110

CYBERJAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan meneruskan program bantuan makanan Dapur It’am 3.0 di 56 buah masjid dan surau di wilayah ini melibatkan peruntukan berjumlah RM1.34 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, program berkonsepkan ‘soup kitchen’ itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 130,000 warga kota daripada kelompok asnaf, B40, petugas barisan hadapan dan lain-lain.

“Tahun ini, 56 buah masjid dan surau dalam Wilayah Persekutuan terpilih bagi menjayakan Dapur It’am. Kami menjangkakan ia bakal memberi manfaat kepada lebih 130,000 penerima,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Program dengan kerjasama kerjasama Suami Masak Apa Hari Ini? (SMAHI) dan Fendi Destinasi TV itu merupakan aktiviti agihan pek makanan bermasak secara percuma yang diedar dari rumah ke rumah setiap hari.

Zulkifli berkata, melalui kerjasama Persatuan Penghantar e-Hailing Malaysia (Penghantar), inisiatif yang dilaksanakan sejak Ramadan tahun lalu itu juga merupakan usaha pihaknya memberi pendapatan sampingan kepada golongan penghantar makanan di sekitar Wilayah Persekutuan.

“Saya alu-alukan kerjasama abang-abang dalam Facebook Group SMAHI yang pakar dalam bidang masakan untuk berkhidmat di masjid dan surau yang terpilih. Menjelang Ramadan, pasti Dapur It’am perlukan lebih ramai tukang masak untuk penyediaan juadah berbuka.

“Seperti yang saya tegaskan, Kerajaan Persekutuan melalui agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya sentiasa mengusahakan agar sekurang-kurangnya ada makanan di atas meja kelompok sasar di rumah, terutamanya miskin bandar,’’ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here