Makanan dalam pesawat di Malakat Express

0
337
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim bersama kakitangan bergambar di hadapan Malakat Express di Desa Setapak, Wangsa Maju semasa majlis perasmian.

SETAPAK – Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim menyasarkan untuk membuka sebanyak 1,000 cawangan Malakat Express di seluruh negara.

Untuk tahun ini katanya, sekurang-kurangnya sebanyak 200 cawangan Malakat Express yang mirip dengan kedai serbaneka Family Mart itu akan dibuka kepada orang ramai.

Mohd. Fadzil berkata, beliau sebelum ini banyak melihat dan menjadikan rangkaian 7 Eleven sebagai rujukan kerana kedai itu mempunyai lebih 1,000 cawangan.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim melihat pelbagai makanan yang dijual di Malakat Express di Desa Setapak, Wangsa Maju selepas merasmikannya.

“Kita sebenarnya lebih daripada itu kerana kekuatan kita adalah makanan dan kita juga belajar daripada kejayaan sistem kedai serbaneka Family Mart sebenarnya.

“Kita melalui Malakat Food berjaya membawa ‘good food’ dengan kerjasama Brahim’s. Kita bawakan makanan yang biasanya disajikan dalam pesawat.

“Biasanya, makanan sebegini boleh didapati dalam penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) sahaja tetapi, kita berjaya bawa untuk ke Malakat Express.

Sekitar ruang jualan di Malakat Express di Desa Setapak, Wangsa Maju.

“Jadi, saya rasa itu kekuatan yang kita ada. Alhamdulillah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita dapat kembangkan juga perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malakat Tribune ketika Majlis Pembukaan Malakat Express Setapak hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Malakat Food, Aziz Juhari.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim menandatangani plak sebagai gimik perasmian Malakat Express di Desa Setapak, Wangsa Maju.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzil berkata, selain makanan, Malakat Express juga menawarkan pelbagai lagi barangan dan konsepnya adalah sama dengan Family Mart.

“Kita ada pelbagai barangan di sini…bagaimanapun barangan keluaran usahawan tempatan atau BMF tetap menjadi keutamaan dan mereka (Usahawan) pun kena mainkan peranan.

Antara produk makanan yang dijual di Malakat Express Desa Setapak, Wangsa Maju.

“Mereka juga boleh buat promosi juga sebenarnya, barangan yang kita jual adalah mengikut kehendak pelanggan, itu yang menjadi keutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, Aziz berkata, beliau bersyukur Malakat Express yang dibawakan oleh Malakat Food berjaya membuka cawangan pertama di Kuala Lumpur.

Kakitangan Malakat Express Desa Setapak menyusun pelbagai makanan sejuk dan panas di rak semasa majlis perasmian.

“Kita tawarkan pelbagai barangan, makanan dan minuman kepada pelanggan di sini termasuk dengan pelbagai jenama kita seperti Tea Amo dan juga Redhots.

“Selain itu, kita juga mempunyai oden dan semestinya dengan jaminan kualiti yang terbaik dan halal,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here