Malakat Express Setapak dibuka kepada orang ramai bermula esok

0
326

Malakat Express Setapak akan dibuka kepada orang ramai mulai esok

CYBERJAYA – Malakat Express cawangan Setapak, Kuala Lumpur akan dibuka kepada orang ramai secara rasminya bermula esok pada pukul 10 pagi.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food, Aziz Juhari berkata, sempena pembukaan Malakat Express esok, pelanggan dapat menikmati pelbagai promosi.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food, Aziz Juhari

Katanya, promosi itu termasuk potongan harga 50 peratus ‘signature coffee’ atau percuma dengan pembelian pencuci mulut dan roti bagi RM20 ke atas.

Promosi hebat sempena pembukaan esok

“Pelanggan juga akan mendapat aiskrim percuma dengan sebarang pembelian melebihi RM10 di Malakat Express esok, jadi datanglah berkunjung ke sini.

“Malakat Express akan dibuka kepada orang ramai pada pukul 10 pagi, jangan bimbang kerana kita akan pastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malakat Tribune selepas melakukan tinjauan persiapan akhir Malakat Express sebelum dibuka kepada orang ramai esok.

Persiapan akhir sebelum pembukaan Malakat Express esok

Menurut Aziz, majlis perasmian Malakat Express esok akan disempurnakan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali Coach Fadzil.

Malakat Express Setapak merupakan kedai serbaneka milik Malakat Mall yang mirip dengan kedai serbaneka terkenal dunia iaitu, Family Mart.

Pelbagai barangan dijual di Malakat Express termasuk manakan dan minuman menarik seperti Tea Amo dan juga RedHots iaitu hotdogs citarasa antarabangsa.

Redhots juga turut dijual di Malakat Express Setapak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here