Malakat Food agih 100 pek makanan untuk ‘frontliners’ di Hospital Serdang

0
247
Cef Salleh menyusun bungkusan makanan di atas troli untuk diserahkan kepada petugas hadapan Hospital Serdang

SERDANG – Malakat Food Sdn Bhd (Malakat Food) hari ini menyampaikan 100 pek bungkusan makanan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Serdang.

Menurut Ketua Cef Malakat Food, Salleh Ali bantuan tersebut merupakan salah satu program khidmat masyarakat pihaknya bersama Malakat Mall dalam menyantuni petugas barisan hadapan.

“Hari ini kita menyerahkan 100 pek makanan kepada petugas barisan hadapan di hospital ini yang setiap hari bertungkus lumus tanpa mengira masa merawat pesakit,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Ketua Cef Malakat Food Sdn. Bhd., Cef Salleh Ali ketika meyerahkan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Serdang hari ini.
Ketua Cef Malakat Food Sdn. Bhd., Cef Iqbal Hashim bersama Cef Salleh Ali ketika meyerahkan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Serdang hari ini.

Menurut Salleh, pemberian bantuan berupa makanan itu akan diteruskan lagi di masa hadapan dengan menyasarkan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas siang dan malam pada setiap hari.

Ketua Cef Malakat Food Sdn. Bhd., Cef Iqbal Hashim bersama Cef Salleh Ali ketika meyerahkan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Serdang hari ini.
Ketua Cef Malakat Food Sdn. Bhd., Cef Iqbal Hashim bersama Cef Salleh Ali ketika meyerahkan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Serdang hari ini.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan Malakat Mall aktif turun padang bagi membantu golongan memerlukan.

Terbaharu, semalam Malakat Mall menerusi Program Zero Hunger menyerahkan bantuan bekalan keperluan harian kepada penduduk di Puchong Permai, Selangor.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here