Malakat Mall agih makanan kepada frontliner Hospital Serdang

0
33
Pasukan sukarelawan Malakat Mall meyerahkan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Serdang.

SERDANG – Malakat Food Sdn Bhd hari ini meneruskan sumbangan pek makan tengah hari kepada petugas barisan hadapan di Hospital Serdang melalui Program MyWatch Food Aid.

Ketua Pegawai Operasi Bahagian Makanan dan Minuman Malakat Mall, Abdul Aziz Juhari berkata, pengagihan kali ketiga sejak awal tahun itu merupakan salah satu daripada produk khidmat masyarakat dalam menyantuni petugas barisan hadapan.

“Seperti sumbangan sebelum ini, kami menyediakan 100 pek makanan untuk diagihkan kepada frontliners di Hospital Serdang.

“Semoga usaha ini dapat meringankan beban mereka yang sibuk bertugas dan insyallah supaya jasa mereka terus dihargai kita semua dan mendapat balasan Allah SWT,’’ katanya.

Kakitangan Malakat Mall menyerahkan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan Hospital Serdang.

Abd. Aziz berkata, melalui program bersama MyWatch itu, Malakat Mall memikul tanggungjawab sebagai koordinator bekalan makanan untuk barisan hadapan. 

“Kami di Malakat Mall mempunyai kelebihan dari segi ‘akses’ kepada makanan kerana mempunyai banyak restoran dan outlet makanan.

“Pek-pek makanan yang disediakan sejak daripada program pertama disediakan oleh Malakat Mall dari tabung SedekahMarket,’’ katanya.

Petugas Hospital Serdang menerima pek makanan dari Malakat Mall, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here