Malakat Mall perkenal produk Malakat Ready To Eat

0
359
Produk malakat RTE

SETAPAK – Malakat Mall hari ini tampil melancarkan produk terbaharunya, Malakat RTE (Ready To Eat) iaitu masakan siap masak yang disejukbeku.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, produk sejuk beku dengan jaminan 100 peratus halal itu akan menampil tujuh jenis masakan.

Beliau berkata, inisiatif produk berkenaan diperkenalkan ialah bagi membantu golongan ibu ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Produk Malakat RTE

“Produk yang kita tawarkan ini ialah ‘ready to eat’. Jika ibu dan ayah sibuk, ia dapat membantu di dapur. Penyediaannya juga cukup mudah, hanya panaskan.

“Untuk bahan masakan, kita gunakan barangan-barangan berkualiti termasuk Rempah Malaya keluaran Malakat Mall,” kata kepada Malakat Tribune hari ini.

Terdahulu Mohd. Fadzil melancarkan Majlis Pembukaan Malakat Express yang pertama di Setapak yang dikendalikan oleh rangakaian Malakad Food.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim menandatangani plak sebagai gimik perasmian Malakat Express di Desa Setapak, Wangsa Maju.

Menurut Mohd. Fadzil atau lebih dikenali Coach Fadzil, Malakat RTE itu boleh didapati di Malakat Grocer di Malakat Mall dan juga di Malakat Express.

“Jangan khuatir tentang rasa, kerana kepakaran tukang masak kita adalah yang terbaik yang diketuai Pengarah Kulinari Malakat Mall, Chef Mohd. Azizan Shukri.

“Beliau sememangnya mempunyai reputasi terbaik dalam bidang kulinari di mana beliau merupakan antara 500 chef terbaik di dunia,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food, Aziz Juhari

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Malakat Food, Aziz Juhari berkata, ketika ini sebanyak tujuh produk Malakat RTE akan dipasarkan kepada orang ramai.

“Untuk permulaan kita tawarkan lima terlebih dahulu iaitu Rendang Ayam, Ayam Masak Merah, Kurma Ayam, Ayam Masak Lemak Cili Api dan Kari Ayam.

Kakitangan Malakat Express Desa Setapak menyusun pelbagai makanan sejuk dan panas di rak semasa majlis perasmian.

“Untuk dua lagi produk kita masih dalam peringkat pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk memastikan hasil yang diperolehi menepati citarasa pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, produk Malakat RTE dijual pada harga mampu milik iaitu bermula RM7 hingga RM14.90 mengikut pakej dan berat yang diinginkan.

“Untuk keluaran pertama, kita keluarkan 100 kilogram (kg) bagi setiap jenis masakan. Maknya secara keseluruhan kita ada 700kg sedia untuk dipasarkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here