Malaysia belum gagal lawan Covid-19 – Ismail Sabri

0
39
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Malaysia masih belum gagal melawan wabak penyakit Covid-19 meskipun ramai yang sudah berputus asa dengan segala tindakan diambil kerajaan apabila kes Covid-19 terus meningkat setiap hari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini dibuktikan oleh sebuah badan pemikir berpusat di Sydney, Australia, Lowy Institute yang meletakkan Malaysia dikedudukan ke-16 daripada 98 buah negara dalam menguruskan pandemik berkenaan.

“Apabila angka positif Covid-19 terus meningkat dan mencatatkan empat angka, ramai yang menganggap kita gagal dalam menyelesaikan isu pandemik ketika ini.

“Kita pernah berjaya sekali tetapi kita masih belum gagal. Ini terbukti melalui hasil kajian yang dilakukan oleh Lowy Institute iaitu sebuah badan pemikir berpusat di Sydney, Australia terhadap Malaysia berkenaan kecekapan menguruskan Covid-19.

“Malaysia berada di kedudukan ke-16 daripada 98 buah negara,mengatasi beberapa negara terkemuka di Asia antaranya Jepun dan Korea Selatan dengan skor diberikan ialah 71 peratus,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menepis dakwaan pelbagai pihak termasuk media yang melaporkan kononnya kerajaan tidak mempunyai pelan strategik dalam menangani Covid-19.

Katanya, tanggapan itu tidak benar kerana
kerajaan telah membentangkan lima Pelan Strategik oleh Kementerian kesihatan (KKM) dan 10 Pelan Strategik oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mana maklumat terperinci mengenai pelan ini akan dibentang dalam masa terdekat.-MT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here