Maqasid syariah bentuk masyarakat yang tahan cabaran

0
71

CYBERJAYA – Kerangka maqasid syariah yang dibangunkan dan dilaksanakan dengan teratur boleh digunakan untuk membentuk satu umat atau masyarakat yang mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang dihadapi.

Ini adalah amat relevan dengan situasi masakini dimana dunia sedang berhadapan dengan suasana pandemik Covid-19.

Prinsip-prinsip maqasid syariah iaitu penjagaan agama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta adalah penting bagi membentuk khaira ummah yang mempunyai tiga ciri utama iaitu mengajak kepada kebaikan (amar maaruf), mencegah daripada perbuatan keji (nahi munkar) dan berpegang kepada akidah yang benar.

Di atas kefahaman ini, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) semalam menganjurkan satu muzakarah pakar dengan judul ‘Kerangka Maqasid bagi Pembentukan Khaira Ummah (Umat yang Terbaik)’ bagi membincangkan tentang bagaimana maqasid ini boleh digunakan sebagai kerangka dalam membentuk umat yang terbaik.

Program yang dirasmikan oleh Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid ini dianjurkan secara dalam talian dan mengumpulkan pakar-pakar dari kalangan ulama, ahli akademik, pengamal perubatan dan pembuat dasar turut berbincang bagaimana kerangka ini diletakkan berasaskan konteks semasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here