Maqis gagalkan cubaan bawa keluar 2 tan makanan laut ke Singapura

0
172
Johor Malaysian Quarantine and Inspection Services Department (MAQIS) director Nur Afifah A. Rahman THOMAS YONG/The Star

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 4.2 tan pelbagai jenis makanan laut yang cuba diseludup ke Singapura di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang di sini.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A Rahman berkata, pihaknya berjaya mematahkan cubaan membawa keluar bekalan makanan berkenaan dalam pemeriksaan ke atas sebuah lori di laluan kenderaan berat di KSAB, pada 11 malam, semalam.

Katanya, Maqis telah menahan pemandu lori berusia 45 tahun yang didapati tidak mempunyai sebarang dokumen permit untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan pelbagai hasilan laut seperti ikan kerapu, udang, sotong dan sebagainya yang dianggarkan bernilai RM92,760 berjaya dijumpai sekali gus dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nur Afifah berkata, perbuatan mengeksport sebarang jenis keluaran pertanian tanpa permit eksport yang sah daripada Maqis merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Jelas beliau, kesalahan tersebut boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Maqis katanya, sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here