Maqis Labuan tahan limau mandarin Shatang Targerine berperosak

0
133
Sebahagian daripada limau jenis Shatang Targerine yang disembunyi bersama sayur dan buah-buahan dari China.

LABUAN – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Labuan menahan 2.9 tan limau Shatang Targerine yang dipercayai dimasuk masuk dari China tanpa mematuhi syarat import.

Pengarahnya, Nazrul Azman Mat Rahim berkata, buah lima mandarin yang dianggarkan bernilai RM 14, 500 ditahan dalam pemeriksaan di pintu masuk Pelabuhan Dermaga dan Merdeka Labuan.

Beliau berkata, daripada pemeriksaan, keluaran pertanian itu diletakkan bersama sayur dan buah-buahan segar di dalam kontena.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati daun buah limau tersebut mempunyai perosak atau bahan cemar selain terdapat kerosakan pada buah dan daun yang menunjukkan tanda-tanda serangan perosak.

“Buah-buah limau tersebut seterusnya ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anggota penguatkuasa Maqis memeriksa produk buah limau yang tidak mematuhi syarat import di pintu masuk Pelabuhan Dermaga dan Merdeka Labuan.

NAzrul Azman berkata, perbuatan mengimport sayur dan buah-buahan segar yang tidak mematuhi syarat-syarat pengimportan menjadi kesalahan di bawah Seksyen 14(b) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Katanya, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM 100,000 atau penjara tidak lebih 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

Jelas beliau, pihak Maqis giat menjalankan operasi kawalan import untuk memastikan kemasukan keluaran pertanian ke negara ini mematuhi syarat dan peraturan selain bebas daripada ancaman penyakit dan perosak. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here