Maqis Pulau Pinang rampas 80 tong dram lemak susu

0
129
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 80 tong dram berisi lemak susu dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang semalam.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata, lemak susu seberat 18.8 tan metrik itu dirampas ketika pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT).

Zarina berkata, siasatan mendapati pemiliknya membawa masuk produk dari New Zealand itu ke negara ini dengan mengemukakan sijil kesihatan berbeza dari negara pengimport.

“Tindakan itu menjadi satu kesalahan kerana mengisytiharkan dokumen tidak tepat seperti dinyatakan pada syarat permit import Maqis yang sah.

“Sehubungan itu, sebanyak16,800 kilogram lemak susu tersebut yang dianggarkan bernilai kira-kira RM300,110 disita bagi siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati produk tersebut diimport untuk dijadikan produk yang diproses iaitu makanan dan minuman manusia serta bagi pasaran negara ini dan luar negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here