Masyarakat Cina juga ‘terpikat’ dengan Malakat Express

0
824
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim meninjau suasana di sekitar Malakat Express di Desa Setapak, Wangsa Maju semasa majlis perasmian.

CYBERJAYA- Bukan sahaja masyarakat Melayu, kaum Cina di Setapak juga ‘terpikat’ dengan produk yang ada di Malakat Express di Setapak, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food, Aziz Juhari berkata, orang Cina di kawasan berkenaan tertarik dengan kualiti makanan dan juga harga berpatutan yang ditawarkan.

“Kita sedar, lokasi di Setapak ini bukan zon selesa untuk kita. Banyak pesaing yang ada selain kita buka Malakat Express ini di kawasan Cina.

Antara pelanggan tetap Malakat Express di Setapak

“Bagaimanapun, sambutannya semakin baik, bukan sahaja orang Melayu tetapi, orang Cina juga masuk untuk membeli di Malakat Express.

“Sebab apa?, sebabnya mereka tertarik dengan makanan berkualiti yang kita tawarkan pada harga yang amat berpatutan. Ia sebuah outlet untuk citarasa pelbagai bangsa.

“Antara menu yang ‘laku keras’ di Malakat Express Setapak sekarang ialah aneka Sandwich selain Oden dan juga produk ‘Ready To Eat’ lain,” katanya.

Antara makanan Ready To Eat di Malakat Express di Setapak

Mengulas perancangan Malakat Express, Aziz berkata, dalam masa tiga bulan akan datang, enam cawangan Malakat Express akan dibuka di sekitar Lembah Klang.

Pelbagai pilihan menanti pelanggan di Malakat Express Setapak

Katanya, cawangan baharu itu akan dibuka di beberapa kawasan strategik seperti di Bandar Permaisuri Cheras, Puchong, Jinjang, Putrajaya dan beberapa lagi kawasan lain.

“Insya-Allah kita rancang untuk buka enam cawangan baharu dalam masa tiga bulan nanti, sekarang kita menerima banyak tawaran untuk kedai rankaian Malakat Mall ini.

“Kita dapat tawaran daripada syarikat stesen minyak, Prasarana dan lain-lain lagi. Tempat sudah ada, selain buka sendiri kita juga cari usahawan yang berminat.

“Bagi kita, kawasan yang padat adalah kawasan yang paling strategik dan sekali gus dapat tarik kehadiran pelanggan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here