MCMC, PDRM akan siasat Sugarbook

0
106
Paparan iklan platform ‘dating service’, Sugarbook yang mencetuskan keresahan orang ramai.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat kemungkinan wujud aktiviti menyalahi undang-undang di sebalik platform atau aplikasi ‘dating service’ seperti Sugarbook.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius pendedahan laman, Sugarbook baru-baru ini yang mendakwa semakin ramai wanita Malaysia termasuk penuntut dan golongan profesional menawarkan diri sebagai SugarBaby.

“Dakwaan seperti yang terdapat dalam gimik pemasaran itu perlu disiasat untuk disahkan kerana profil pengguna boleh diolah sesuka hati untuk tujuan-tujuan yang berlainan termasuk untuk memperdaya mangsa.

“Dakwaan seperti yang terdapat dalam gimik pemasaran itu perlu disiasat untuk disahkan kerana profil pengguna boleh diolah sesuka hati untuk tujuan-tujuan yang berlainan termasuk untuk memperdaya mangsa. 

“Jika terdapat unsur kegiatan pelacuran, tindakan lanjut akan dijalankan oleh PDRM,’’ menurut kenyataan dikeluarkan hari ini.  

Sehubungan itu, MCMC ingin menasihatkan pengguna aplikasi internet agar sentiasa berhati-hati memberikan maklumat peribadi ketika melayari media sosial atau aplikasi dalam talian, terutamanya untuk berhubung dengan orang-orang yang tidak dikenali contohnya di laman pencarian teman.

“Selain Sugarbook, terdapat pelbagai aplikasi lain yang menawarkan perkhidmatan “dating service” atau percintaan dalam talian. 

“Risiko scam percintaan (love scam) akan tertambah dengan terdedah juga kepada malware dan spyware, kebocoran maklumat peribadi dan gangguan seksual,’’ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here