Miliki sekilogram emas bersama Malakat Gold

0
564
Malakat Gold merupakan antara usaha memperkasakan ekosistem ekonomi Islam

CYBERJAYA – Malakat Gold menyasarkan setiap ahlinya memiliki sekilogram emas setiap seorang sebagai jaminan untuk masa depan.

Pengasasnya, Mohd. Fadzil Hashim berkata, Malakat Gold merupakan antara usaha pihaknya memperkasakan ekosistem ekonomi Islam.

Mohd. Fadzil berkata, Malakat Gold adalah satu bentuk pelaburan yang diperkenalkan melalui platform Malakat Pay iaitu emas fizikal yang boleh dibeli secara digital.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

“Bentuk pelaburan yang diperkenalkan melalui platform Malakat Pay itu merupakan usaha terbaharu bagi mengukuhkan ekonomi ummah dan lari dari sistem riba.

“Berbanding pelaburan wang, emas mempunyai perlindungan nilai daripada kesan inflasi yang kuat. Jadi, kita perkenalkan pelaburan emas fizikal yang boleh dibeli secara digital.

“Malakat Gold yang ditambah baik daripada aplikasi Raudhah Prepaid akan menggunakan konsep seperti token di mana ahli boleh membeli nilai emas yang dimiliki Malakat Mall.

“Matlamat kita dalam masa terdekat ialah semua orang kita (ahli Malakat Mall) akan miliki sekilogram emas melalui pelaburan di Malakat Gold.

Malakat Gold adalah satu bentuk pelaburan yang diperkenalkan melalui platform Malakat Pay iaitu emas fizikal yang boleh dibeli secara digital.

“Apabila tiba dan cukup sekilogram emas itu, kalau anda rasa mahu ambil, ambillah. Tetapi tiada kegunaan, kalau mahu simpan dirumah, takut orang rompak pula.

“Apa yang penting anda sudah ada emas fizikal dan kita juga simpan data ini dalam bentuk ‘offline’ kalau-kalau apa yang terjadi kepada sistem, kita ada ‘backup’.

“Perkara ini tiada dalam Bitcoin, Bitcoin kalau berlaku ‘total shutdown internet’ semua ‘zero’, semua tiada duit. Sama juga akaun perbankan secara dalam talian,” katanya.

Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata demikian dalam program bicara Ekonomi Kita: Emas VS Wang Kertas di platform Malakat Now malam tadi.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzil berkata, Malakat Mall menjadi pusat beli belah pertama didunia yang membenarkan penggunaan emas dalam transaksinya.

“Di United Kingdom juga ada, tetapi mereka tidak boleh buat macam kita. Kita ada ekosistem sendiri di Malakat Mall. Kita boleh buat transaksi sebab ia dalam market kita.

Malakat Mall

“Ini yang saya kata ekosistem, pembangunan ekosistem milik kita sendiri. Ikut sistem kita, ikut suka kita lah nak terima, tidak langgar undang-undang, tiada masalah,” katanya.

Mohd. Fadzil berkata, di zaman Rasulullah emas dan perak telah dijadikan mata wang malah, pada zaman sebelum Islam lagi ia telah digunakan ‘insturmen’ transaksi.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Fadzil berkata, pihaknya tidak mencatatkan keuntungan dalam setiap transaksi dan pemilikan emas dalam Malakat Gold.

“Kita tak buat duit…atas kertas nampak macam kita perlukan duit tetapi, modul yang kita buat ini tidak buat untung pun. Ada juga orang cakap kita buat keuntungan.

“Sebagai contoh, jika emas hari ini RM294/gram dan emas dunia jika dibeli 1kg  ialah RM250/ gram…Orang cakap kita untung RM50, tidak sebenarnya.

“Sebab kita RM294 tidak hilang dalam Malakat Pay, apabila mahu guna duit emas, contohnya beli RM100 dengan nilai 0.33gram (untuk ahli kelab) anda tidak akan hilang apa-apa baki,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here