Murid boleh berbaju biasa sehingga 26 Mac depan

0
101
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan kelonggaran kepada murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah untuk memakai pakaian biasa sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan 2021.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan kebenaran itu diberikan bermula 1 Mac hingga 26 Mac depan.

“KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak. 

“Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

“Bagaimanapun, mengambil kira keadaan semasa, KPM ingin memaklumkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah,” katanya hari ini.

Menurutnya, KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

Pada 19 Februari lalu, KPM mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here