Najib ‘curiga’ jumlah kes harian diumumkan KKM

0
217
Najib Razak.

CYBERJAYA – Bekas Perdena Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan data mengenai jumlah saringan harian yang dilakukan di seluruh negara supaya rakyat tidak ‘keliru’ mengenai kadar penurunan kes yang ketara sejak kebelakangan itu. 

Najib berkata, walaupun rakyat menyambut baik jumlah kes baharu Covid-19 yang menurun setiap hati, mereka juga mempunyai hak untuk mengetahui hakikat sebenar di sebalik angka dan statistik KKM.

“Ramai masih tertanya-tanya kenapa jumlah kes positif turun begitu ketara tetapi jumlah kluster baru dikesan setiap hari tetap tinggi.

“Sebab ini soal kesihatan awam, kita harap KKM juga akan memberi data bagi jumlah saringan dibuat serta kadar positif terkini apabila mengumumkan jumlah kes positif setiap hari,’’ katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Najib berkata, perkembangan itu juga mencetuskan persoalan sama ada kadar penurunan itu diumumkan selepas KKM tidak lagi melakukan saringan semua kontak rapat bagi kes positif.

Sedangkan katanya, 80 peratus daripada mereka yang positif tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Adakah penurunan yang ketara bagi jumlah saringan setiap hari akibat langkah KKM yang diumum bulan lepas bahawa KKM tidak lagi akan saring semua kontak rapat kes positif?

“Sebaliknya, hanya kontak rapat yang menunjukkan gejala akan disaring. Sedia maklum bahawa sekitar 80% mereka yang positif Covid tidak menunjukkan sebarang gejala,’’ katanya.

Tambah beliau, penurunan kes positif harian yang ketara itu juga seakan-akan tidak selari dengan jumlah kluster baharu yang masih tinggi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here