Najib kecewa kuarantin ‘double standard’ menteri

0
98
Najib Tun Razak

CYBERJAYA – Kelonggaran tempoh kuarantin selama 3 hari yang diberikan kepada menteri yang pulang dari luar negara akan meletakkan negara dalam risiko sama penularan Covid-19 selepas Pilihan Raya Umum Sabah pada tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tanpa mengira status atau jawatan, individu yang pulang dari luar negara juga terdedah kepada risiko jangkitan dan tidak sepatutnya melalui kuarantin yang terlalu singkat.

“Kuarantin selama 3 hari sahaja lagi bahaya sebab purata tempoh inkubasi Covid ialah 5 hingga 6 hari.

“Ada bahayanya jika mereka yang telah dijangkit akan salah dilepaskan terlalu awal lalu menjangkiti ramai lagi orang setelah tersalah sangka mereka bebas Covid,” katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Najib berkata, risiko jangkitan itu terbukti dalam kes Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku yang pulang dari Sabah pada 27 September tahun lalu dan didapati positif pada 2 Oktober selepas memotong gelang pada 30 September.

Najib dalam kenyataan berasingan berkata, kelonggaran yang diberikan kepada jemaah menteri mengikut perintah ‘Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021’ itu sebagai layanan double standard dan bukan contoh yang baik kepada rakyat negara ini.

“Antara ketidakpuasan terbesar ramai ialah dwistandard dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tapi ini pula dibuat pada ketika rakyat tengah marah.

“Tak patut. Aduh… menteri kuarantin tiga hari, rakyat kuarantin 10 hari. Covid-19 tak takut pangkat,” kata Najib.

Datuk Seri Dr. Adham Baba

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengeluarkan perintah melonggarkan peraturan kuarantin kepada menteri Kabinet yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara.

Perintah tersebut pada dasarnya mengurangkan tempoh kuarantin menteri daripada 10 kepada hanya tiga hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here