Negatif dadah tetapi positif Covid-19

0
139

Bas yang membawa pesakit Covid-19 merempuh Plaza Tol UPM semalam

CYBERJAYA – Pemandu bas ekspres membawa pesakit Covid-19 yang merempuh Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM) petang semalam bebas pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ujian air kencing lelaki itu negatif dadah namun, ujian swap beliau positif Covid-19

Katanya, siasatan awal mendapati ketika kejadian bas itu membawa pesakit Covid-19 Kluster Changkat Jong, Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

“Terdapat seramai 40 penumpang dalam bas berkenaan dan seramai lapan penumpang yang berada dalam bas itu mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

“Manakala, pemandu bas berkenaan hanya mengalami kecederaan pada kaki,” katanya dalam kenyataan akhbar semalam

Menurut Wan Kamarul Azran, kejadian yang berlaku pukul 2 petang itu mengakibatkan bas ekspres jenis Nissan mengalami kerosakan pada bahagian cermin hadapan, bumper dan pintu bahagian pemandu.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku selepas pemandu bas, gagal mengawal kenderaan,”ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here