Operasi LHDN di Pahang ditangguhkan sehingga 14 Februari

0
128
Operasi LHDN di Pahang ditangguhkan sehingga 14 Februari

CYBERJAYA – Operasi semua kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Pahang ditangguhkan sementara bermula hari ini sehingga 14 Februari ini.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, penutupan sementara itu dibuat selaras dengan pengumuman oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Pahang semalam berikutan penularan wabak Covid-19 di negeri itu.

“Buat masa ini, semua pelanggan adalah disarankan untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan yang ditawarkan secara dalam talian.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau HASiL Live Chat,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, orang ramai juga boleh berhubung dengan menggunakan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Semalam, jawatankuasa tersebut berkata semua urusan kaunter perkhidmatan pejabat persekutuan dan negeri yang membabitkan orang awam ditangguhkan mulai hari ini hingga 14 Februari dan orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian.

Menurut kenyataan jawatankuasa itu, keputusan tersebut dibuat berdasarkan situasi terkini yang menyaksikan wujud kluster baharu berpunca daripada sukarelawan bantuan pascabanjir dan di tempat kerja.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here