Operasi Taska Genius Perpaduan di negeri PKPB dan PKPP bermula Isnin ini

0
103
Operasi Taska Genius Perpaduan di negeri-negeri di bawah PKPB dan PKPP dibuka Isnin ini

CYBERJAYA – Operasi Taska Genius Perpaduan di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) dibenarkan bermula Isnin ini.

Kementerian Perpaduan Negara berkata, bagi negeri-negeri di bawah PKP, pengoperasian Taska Genius Perpaduan masih tidak dibuka secara fizikal sehingga tempoh perintah itu berakhir.

Sepanjang tempoh itu katanya, para pendidik terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian pendidik serta kanak-kanak.

“Kementerian akan memastikan pengoperasian ke atas semua Taska Genius Perpaduan ini adalah tertakluk kepada pematuhan Garis Panduan Pencegahan Penularan Covid-19 Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Keselamatan Warga Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

“Ini termasuk mematuhi Panduan Pembukaan Taska Genius Perpaduan dan Garis Panduan Kementerian Kesihatan serta Garis Panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataannya yang sama, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique mengingatkan semua pendidik agar sentiasa memastikan anak-anak di Taska Genius Perpaduan menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

“Ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak-anak juga perlu mematuhi protokol kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan serta arahan kerajaan negeri berkaitan sepanjang tempoh operasi itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here