Pasukan keselamatan berjaya berkas ketua AQAP

0
93
KHALID BATARFI

NEW YORK – Ketua al-Qaeda bagi Semenanjung Arab (AQAP), Khalid Batarfi berjaya diberkas pasukan keselamatan beberapa bulan lalu.

AFP melaporkan, penahanan tersebut terkandung dalam satu laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitkan semalam.

Laporan tersebut menyebut, Khalid berjaya ditahan dalam satu operasi di bandar Ghayda di wilayah al-Mahrah, Yemen pada Oktober lalu.

Dalam operasi yang sama, timbalan Khalid, Saad Atef al-Awlaqi dilaporkan terbunuh.

Laporan kepada Majlis Keselamatan PBB tersebut dihasilkan oleh sebuah kumpulan pemerhati yang memfokuskan pada kegiatan kumpulan ekstrimis.

Namun, laporan tersebut tidak menyatakan sebarang butiran mengenai operasi tersebut, dan lokasi di mana Khalid ditahan.

Bagaimanapun, SITE Intelligence Group menyebut, laporan tidak rasmi menyatakan, Khalid berjaya ditangkap oleh pasukan keselamatan Yemen dan kemudiannya diserahkan kepada Arab Saudi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here