[VIDEO] Peguam ‘bertukar’ menjadi kucing dalam sesi mahkamah

0
119

TEXAS – Sesi mahkamah yang biasanya berlangsung dalam keadaan serius bertukar lucu apabila salah seorang peguam ‘bertukar’ menjadi kucing dalam sesi yang berlangsung secara atas talian itu.

Kata BBC, peguam tersebut, Rod Ponton mendapati, tingkap perbualan aplikasi Zoom yang beliau gunakan ‘tersangkut’ pada filter anak kucing.

Satu rakaman pendek selama 34 saat yang tersebar di media sosial menunjukkan insiden lucu tersebut.

Antara perbualan yang kedengaran dalam klip tersebut adalah kata-kata, “Saya sedang bersiaran langsung sekarang, saya bukannya kucing.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here