Pelanggan boleh makan di kedai ikut saiz meja, penumpang ikut kapasiti kenderaan

0
232
Pelanggan mula makan di dalam kedai dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selepas kerajaan membenarkan hanya dua orang untuk satu meja ketika tinjauan di Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri di sini, hari ini.-MT/FARID JANUDIN

CYBERJAYA – Kerajaan membenarkan pelanggan untuk menikmati hidangan di restoran mengikut saiz atau kapasiti meja makan dengan syarat ada penjarakan fizikal satu meter bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga membenarkan jumlah penumpang berdasarkan kapasiti kenderaan yang dinaiki.

Ismail Sabri berkata, kelonggaran itu untuk semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

“Kita mendengar pandangan dan rayuan ramai supaya membenarkan jumlah penumpang mengikut tempat duduk kenderaan, maka mesyuarat teknikal hari ini bersetuju membenarkannya.

“Jumlah penumpang mengikut kapasiti kenderaan itu dibenarkan di semua kawasan termasuk di PKP,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini, makan di kedai kawasan PKP hanya dua orang satu meja dibenarkan manakala PKPB dan PKPP mengikut kapasiti meja makan.

Menurut Ismail Sabri, mesyuarat hari ini bersetuju semua kawasan dibenarkan makan di kedai berdasarkan keluasan meja makan mulai esok.

Bagaimanapun, katanya, ia mestilah mempunyai penjarakan fizikal satu meter antara pelanggan dan meja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here