[VIDEO] Pelanggan teruja dengan Cash Back Deals di Jakel

0
200
Wati Mazita Mat Zain (kanan) menerima wang tunai melalui kempen Jakel Cash Back Deals

KUALA LUMPUR- Orang ramai berpeluang menerima wang tunai apabila berbelanja di Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) melalui kempen Jakel Cash Back Deals.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel berkata, kempen berkenaan bermula 12 Februari lalu sehingga 14 Mac depan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel

Beliau berkata, melalui kempen tersebut, para pelanggan berpeluang menerima wang tunai sebanyak 10 peratus bagi pembelian bernilai RM100 ke atas.

“Bagi pembelian RM100 dan ke atas para pelanggan layak untuk menerima wang tunai melalui kempen Jakel Cash Back Deal yang kami anjurkan.

Pelanggan teruja dengan Cash Back Deals di Jakel

“Kempen ini diadakan di semua 23 gedung milik Jakel di seluruh negara, jadi pelanggan boleh datang ke sini untuk membeli persiapan untuk hari raya nanti.

“Sekarang dah masuk bulan Rejab, sikit lagi akan masuk Ramadan dan selepas itu kita akan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, jadi boleh buat persiapan.

Pelbagai pilihan menarik menanti pelanggan di gedung Jakel

“Kami merupakan syarikat tekstile pertama di Malaysia berikan tunai kepada pelanggan bagi setiap pembelian mereka,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Mohamed Nizam berkata, semua pelanggan layak menerima untuk wang tunai melalui kempen ini, tidak kira pembelian secara tunai, kad kredit atau secara dalam talian.

“Apa yang menarik, pelanggan juga dapat menikmati pelbagai promosi jualan di Jakel. Beli kain atau baju pada harga promosi dan selepas bayar akan terima wang tunai.

“Alhamdulilah sambutan amat-amat mengalakkan, semalam sebanyak 1,700 daripada 17,000 pelanggan kita menerima wang tunai melalui kempen ini,” katanya.

Antara penerima wang tunai melalui Jakel Cash Back Deals

Mohamed Nizam berkata, pelanggan tidak perlu risau untuk datang ke Jakel kerana pihaknya akan memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Sementara itu seorang pelanggan, Wati Mazita Mat Zain, 47, berkata, beliau mendapat wang tunai sebanyak RM35 hari ini selepas berbelanja RM350 di Jakel.

“Saya sebenarnya tidak tahu mengenai kempen ini, bila masuk tadi, pekerja Jakel maklumkan peluang dapat 10 petaus untuk pembelian RM100 ke atas.

“Saya boleh dikatakan setiap tahun datang ke Jakel untuk beli kain, kali ini saya satang beli kain untuk saya dan anak-anak serta baju Melayu untuk suami.

“Semua ini (pakaian) untuk persiapan raya nanti, hari ini ada masa lapang jadi datang beli. Bagi saya sangat-sangat berbaloi berbelanja di sinim siap dapat duit lagi,” katanya.

Selain itu, Azlina Yaakob, 42, berkata, selain harga promosi yang dinikmati bagi pembelian kain, dia juga mendapat wang tunai hari ini.

Azlina menerima wang tunai daripada Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel

“Saya mendapat wang tunai sebanyak RM38 selepas membeli tiga pasang kain untuk saya dan anak bagi persiapan raya nanti, bagi saya ia sangat berbaloi.

“Saya suka datang ke Jakel kerana saya cukup minat dengan kain cutton yang dijual di sini. Saya jarang beli ‘online’, bagi saya lebih puas bila datang ke sini sendiri” katanya.

Dalam pada itu, Raja Nurul Akma Raja Talib berkata, kempen Jakel Cash Back Deals adalah yang terbaik kerana berikan wang tunai kepada pelanggan.

“Sebelum ini ada promosi seperti tetapi, pelanggan akan mendapat baucar selain potongan harga sahaja, kali ini lain, pelanggan dapat wang tunai,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here