Pemberian komputer di bawah inisiatif Cerdik diberikan secara pinjaman, bukan bagi terus

0
172
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Proses pemberian 150,000 komputer riba yang diumumkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2021 bukan pemberian terus tetapi dilaksanakan seperti skim pinjaman buku teks sekolah.

Menurut laman web Inisiatif Cerdik yang dikendalikan oleh Yayasan Hasanah, komputer tersebut adalah milik kerajaan dan denda RM300 akan dikenakan jika komputer hilang atau rosak.

“Prosedur bagi pinjaman peranti di bawah inisiatif Cerdik adalah mirip kepada Skim Pinjaman Buku Teks.

“Pakej peranti dan sambungan data akan disumbangkan kepada sekolah yang bertanggungjawab menguruskan pinjaman kepada murid yang layak,” katanya.

Dalam pada itu, menurut laman web itu juga,
peranti yang disediakan itu akan menjadi hak milik Kementerian Pendidikan (KPM).

Mengenai data jalur lebar, katanya, setiap murid terpilih akan menerima data sebanyak 15GB sebulan untuk tempoh minimum 12 bulan.

Katanya, sekiranya data yang digunakan melebihi kapasiti, ia perlu ditanggung sendiri.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here