Pemeriksaan kesihatan percuma di Malakat Pharmacy

0
109
Pemeriksaan kesihatan percuma diadakan di Malakat Pharmacy pada Sabtu dan Ahad ini

CYBERJAYA – Orang ramai dijemput untuk menyertai pemeriksaan kesihatan secara percuma di Malakat Pharmacy di Malakat Mall pada hujung minggu ini.

Menurut perkongsian Malakat Mall di laman Facebooknya, pemeriksaan kesihatan percuma itu akan diadakan pada 27 dan 28 Mac ini di Malakat Pharmacy.

Katanya, pemeriksaan kesihatan percuma itu akan diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pertama pukul 11 pagi hingga 2 petang dan sesi kedua pada 5 petang hingga 7 malam.

“Sudah berapa lama anda tak buat pemeriksaan tahap kesihatan? Jangan pandang remeh, lagi-lagi bab kesihatan.

“Malakat Pharmacy ada buat Kempen Pemeriksaan Kesihatan percuma hujung minggu ni. Sambil membeli belah, boleh la singgah Malakat Pharmacy buat pemeriksaan percuma.

“Sabtu dan Ahad ini sahaja. Sesi pertama pada 11 pagi hingga 2 petang dan bagi sesi ke dua pada 5 petang hingga 7 malam,” katanya.

Jadi orang ramai jangan lepaskan peluang ini, antara perkhidmatan yang disediakan ialah pemeriksaan gula, tekanan darah, kolestrol, saraf dan ketumpatan tulang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh boleh hubungi 016-2188930.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here