
CYBERJAYA- Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) secara dalam talian akan dibuka bermula esok.
Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkata , anak orang kelainan upaya (OKU) yang berumur 18 tahun ke bawah layak untuk bantuan itu.

Beliau berkata, ia membabitkan empat jenis bantuan iaitu makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian mesin, ubat dan pendidikan khas.
“Mereka yang layak akan menerima manfaat sekali bayar sehingga RM5,000 untuk satu keluarga. Bantuan diberi berdasarkan panduan daripada doktor.

“Pemohon boleh melakukan pendaftaran di laman sesawang www.anis.yawas.my berserta dokumen diperlukan,” katanya di laman Facebook hari ini.
Menurut MBI, kelulusan permohonan boleh disemak di laman web yang sama dan bantuan akan terus disalurkan selepas itu.