Pendaftaran suntikan vaksin bermula 1 Mac ini

0
70

CYBERJAYA – Kerajaan akan mula membuka pendaftaran mendapatkan vaksin Covid-19 pada 1 Mac ini menggunakan beberapa kaedah termasuk aplikasi mysejahtera, laman web, nombor telefon dan pemilihan kumpulan sasar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, program vaksinisasi itu akan menggunakan vaksin Pfizer yang telah pun diluluskan untuk penggunaan.

Selain itu katanya, tiga lagi vaksin masih dalam proses pendaftaran adalah Sinovac, Sputnik V dan AstraZeneca.

“Sebelum sesuatu vaksin diluluskan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan mengkaji keberkesanan dan juga kesan samping.

“Kita juga telah mengemukakan soalan-soalan kepada pihak pengeluar Sputnik dan minta mereka jawab sebelum vaksin digunakan di negara ini.

“Kita juga mungkin memberikan kelulusan bersyarat kepada pengeluar vaksin,” katanya.

Tambah beliau, NPRA juga akan memastikan penggunaan vaksin untuk kelompok tertentu selamat digunakan.

“Contohnya ada kajian penggunaan vaksin bagi kumpulan penerima yang berusia 12 tahun ke atas. Jadi kita akan nilai sama ada wujud kesan samping atau tidak.

“Sehinggalah kita dapat bukti yang kukuh barulah kita syorkan penggunaan vaksin untuk golongan berkenaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here