Pendakwah terkenal, Firdaus Wong dijangkiti Covid-19

0
138
Firdaus Wong (kanan) mengesahkan dijangkiti virus tersebut hari ini

CYBERJAYA – Pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung mengesahkan dirinya dijangkiti virus Covid-19 hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi.

“Saya baru sahaja menerima panggilan dari hospital memaklumkan tentang keputusan ujian Covid-19 saya adalah positif.

“Innalilah Wa Inna Ilahi Rajiun. Sebagai Muslim saya beriman pada qada dan qadar dan Allah tidak menguji seorang hamba-Nya melebihi yang dia tidak mampu,” katanya.

Berikutan itu, Firdaus meminta mereka yang merupakan kontak rapat dirinya untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

“Buat kenalan yang pernah berjumpa dengan saya dalam tempoh 10 hari yang lepas, saya mohon agar sahabat pergi jalani ‘swab test’ dan kuarantin diri anda sehingga keputusan diperolehi.

“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Asy-Syaafii (Zat Yang Maha Menyembuhkan).

“Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain, hadis riwayat Bukhari dan Muslim,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here