Pendidikan percuma di Raudhah College bila berbelanja di Malakat Grocer

0
135

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dalam program bual bicara Back To School

CYBERJAYA – Dengan hanya pindah belanja minimum RM300 sebulan ke pasar raya Malakat Grocer, orang ramai berpeluang mendapat pendidikan percuma untuk anak masing-masing.

Pendidikan percuma itu ditawarkan di Institut pendidikan tinggi swasta, Raudhah College dalam pelbagai jurusan yang pasti menjamin kebolehpasaran pekerjaan kepada para graduan kelak.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, pendidikan percuma itu ditawarkan kepada mereka yang berbelanja minimum RM300 sebulan di Malakat Grocer dalam tempoh 10 tahun.

Beliau berkata, dengan berbelanja secara konsisten di Malakat Grocer, pelanggan akan menyumbang kepada tabung pendidikan anak masing-masing dan pihaknya hanya menjadi pemegang amanah.

“Sebelum ini kami tawar tanah, kali ini kami tawarkan pendidikan percuma di Raudhah College. Anda tidak perlu bayar sebarang kos pelajaran. Syaratnya, anda pindah belanja ke Malakat Grocer.

Orang ramai membeli barangan keperluan di Malakat Grocer, Malakat Mall berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pada setiap pembelian yang anda buat sebagai Ahli Kelab Malakat di Malakat Grocer, anda akan menyumbang kepada tabung pendidikan anak anda sendiri. Kami akan simpan rekod setiap perbelanjaan anda.

“Kita tawarkan pendidikan percuma, tidak kira anda mempunyai berapa orang anak. Ia tetap percuma selepas anda memenuhi syarat iaitu minumum RM300 sebulan belanja di Malakat Grocer.

“Sudah tiba masanya anda tinggalkan pasar XYZ sebelum ini, belanjalah di sini (Malakat Grocer) kerana anda bakal menikmati pelbagai tawaran menarik. Pendidikan percuma ini adalah satu keperluan,” katanya.

Orang ramai membeli barangan keperluan di Malakat Grocer, Malakat Mall berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata demikian dalam program Back To School yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Malakat Now malam tadi yang yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah College, Dr. Taha Omar.

Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, antara faktor pihaknya menawarkan pendidikan percuma adalah untuk mengelakkan pelajar atau ibu bapa daripada berhutang.

“Yang penting, kita tidak mahu ibu bapa dan pelajar itu sendiri terbeban dengan hutang, lebih teruk ialah terperangkap dalam riba. Kita tahu, mereka ini terpaksa. Sedih bila habis belajar terpaksa membayar hutang,” katanya.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim semasa majlis perasmian Raudhah College baru-baru ini

Sementara itu, Dr. Taha berkata, jika mendaftar sekarang dan berbelanja minimum RM300 di Malakat Grocer secara konsisten, tawaran pendidikan percuma ini akan dapat dinikmati pada 2031 nanti.

“Surat tawaran akan dikeluarkan kepada mereka yang menepati syarat yang telah ditetapkan, kita akan ada perjanjian nanti apabila anda mendaftar untuk program tawaran pendidikan percuma ini.

“Kita tawarkan pendidikan secara percuma ini dalam program diploma iaitu Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Diploma Keusahawanan Islam, Diploma makanan dan minumannya (F&B) dan Kulinari Halal serta Diploma Elementary.

“Apa yang kita tawarkan ini adalah program yang membolehkan para pelajarnya mendapat ‘work-ready graduate’ (graduan yang ada kerja) yang terjamin dan kosnya jika dibayar mencecah hingga RM30,000.

“Sekarang kita bagi percuma apabila anda pindahkan perbelanjaan ke Malakat Grocer. Ramai yang tanya kenapa Malakat Grocer?, Sebenarnya kami adalah daripada ekosistem yang sama termasuk Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here