Penduduk Auckland diperintah jalani lockdown selama 3 hari

0
42

WELLINGTON – Penduduk Auckland diperintahkan menjalani lockdown selama tiga hari mulai esok, berikutan kewujudan 3 kes baharu Covid-19 di bandar tersebut.

Reuters melaporkan, arahan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern (gambar), hari ini.

Ardern dalam pengumuman tersebut berkata, kesemua tempat awam akan ditutup, dan hanya perkhidmatan perlu, sebagai contoh peruncitan, sahaja dibenarkan beroperasi.

“Kita berjaya menghentikan penularan tempatan (sebelum ini) dan kita akan lakukannya lagi,” kata Arden pda satu sidang akhbar, hari ini.

“Tempoh 3 hari sudah mencukupi untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan sama ada (jangkauan) jangkitan ini semakin meluas atau tidak,” tambah Ardern.

Kes terbaharu yang dikesan melibatkan sebuah keluarga dan merupakan kes penularan pertama dikesan sejak 24 Januari lalu.

Pada ketika ini, pihak berkuasa tempatan sedang melakukan siasatan bagaimana keluarga tersebut boleh dijangkiti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here