Pengasas Sugarbook ditahan semula bagi bantu siasatan kes rogol, pelacuran

0
486
Iklan Sugarbook yang pernah dipasang di ibu negara pada tahun lalu sehingga menggemparkan negara

CYBERJAYA – Pengasas aplikasi maksiat, Sugarbook yang dibebaskan selepas permohonan reman terhadapnya ditolak ditahan semula bagi membantu siasatan kes rogol dan kegiatan pelacuran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan semula susulan laporan yang dibuat seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

“Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Subang Jaya pada Februari 2019.

“Lelaki ini telah ditahan bagi membantu kes yang disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol dan Seksyen 372 kanun sama (kesalahan terbabit dalam kegiatan pelacuran),” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noorasyikin Sahat lelaki tersebut dibebaskan tanpa reman selepas permohonan itu ditolak.

Dalam pada itu, Fadzil berkata, pihak Pengarah Pendakwaan Selangor telah membuat permohonan semakan berhubung keputusan tersebut.

“Permohonan akan didengar di hadapan seorang hakim Mahkamah Tinggi Jenayah di Shah Alam pukul 9 pagi hari ini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here