Peniaga ada lesen PBT layak mohon NaDI- MB Selangor

0
115
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminudin Shari

CYBERJAYA – Peniaga yang mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) layak memohon Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminudin Shari berkata, skim itu menawarkan pembiayaan antara RM1,000 hingga RM5,000 kepada mereka yang layak.

Beliau berkata, skim berkenaan tidak dihadkan kepada sebarang jenis perniagaan tetapi, pemohon wajib mempunyai permit yang dan berumur antara 18 hingga 60 tahun.

“Pemohon yang bermastautin di Selangor layak untuk memohon. Langkah ini merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan memerlukan.

“Mereka yang mahu memohon boleh layari http://www.hijrahselangor.com atau pergi ke cawangan Hijrah (Yayasan Hijrah Selangor) berhampiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan NaDI dan Skim Pembiayaan Go Digital secara dalam talian di laman Facebook semalam.

Menurut Amirudin, skim berkenaan juga diwujudkan bagi membantu mereka yang berhasrat atau baru memulakan perniagaan.

Menerusi Belanjawan Selangor 2021, Amirudin mengumumkan NaDI dengan jumlah peruntukan awalan RM10 juta yang bakal membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000.

Kerajaan Negeri menyasarkan 3,000 penerima melaluinya untuk terus berniaga dengan lesen penjaja sementara daripada PBT seluruh Selangor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here