Peniaga air tebu berdepan hukuman penjara 1,830 tahun

0
444
Peniaga air tebu berdepan 64 pertuduhan sumbang mahram dan rogol

KLANG- Seorang peniaga air tebu berdepan hukuman penjara sehingga 1,830 tahun selepas didakwa atas 64 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anaknya selain merogol rakan mangsa.

Lelaki berkenaan di dakwa di Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas pertuduhan yang dilakukan sejak 2019 hingga Januari 2021, tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah di hadapan hakim, Datin M. Kunasundary.

Menurut laporan Kosmo, lelaki berkenaan juga sempat bertanya ketika prosiding berlangsung kepada pertuduhan yang dikenakan kepada terlalu banyak namun, pertanyaan itu tidak direkodkan.

Mengikut 55 pertuduhan, bapa kepada tujuh orang anak termasuk dua anak tiri itu telah melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya sendiri yang berumur 14 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di antara April 2019 hingga Januari 2021 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga didakwa sembilan pertuduhan merogol rakan anaknya juga berumur 14 tahun pada Ogos 2020 hingga Januari 2021 dengan kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Untuk pertuduhan itu, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan, sekiranya disabitkan kesalahan. Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Klang.

Peguam Khairul Naim Rafidi yang mewakili tertuduh memohon ikat jamin susulan anak guamnya tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Ini juga berdasarkan prinsip tidak bersalah selagi dibuktikan bersalah dan sekiranya ditahan dalam penjara akan memberikan kesan terhadap anak guam dan orang lain dalam pandemik Covid-19 ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar membantah sebarang ikat jamin kerana merupakan kesalahan serius serta boleh menganggu dua-dua mangsa dengan anak tertuduh tinggal bersamanya.

“Berhubung faktor pandemik Covid-19, tindakan telah diambil pihak penjara dengan kesemua banduan disaring dan dikuarantin sebelum dibenarkan masuk penjara,” katanya.

Mahkamah kemudiannya tidak memberikan sebarang jaminan dan sebutan semula kes ditetapkan 24 Mac depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here