Peperiksaan SPM berjalan lancar hari ini

0
98
Mohd. Radzi ketika meninjau perjalanan peperiksaan SPM di SMK Saujana Impian, Kajang hari ini

CYBERJAYA – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang bermula hari ini berjalan lancar dengan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Mohd. Radzi Md Jidin berkata, beliau hari sempat mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan di beberapa buah sekolah.

“Pagi tadi saya bersama Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkesempatan melawat ke SMK Saujana Impian, Kajang untuk meninjau keadaan di sekolah dan pematuhan kepada SOP.

Pelajar menjawab kertas soalan peperiksaan Bahasa Melayu kertas 1 semasa hari pertama peperiksaan SPM 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway.-foto/Farid Janudin

“Keadaan teratur dan peperiksaan berjalan dengan lancar,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Dalam catatan itu, beliau turut mendoakan yang terbaik untuk calon SPM dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) 2020.

Seorang guru menunjukkan kata-kata semangat kepada pelajar sebelum memasuki ke dewan peperiksaan semasa hari pertama peperiksaan SPM 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway.-foto/Farid Janudin

“Peperiksaan SPM pada tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Seramai 401,105 calon SPM 2020 seluruh negara menduduki peperiksaan bermula hari ini sehingga 25 Mac depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here