Pergerakan dalam radius 10 km dibatalkan

0
225
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Berkuat kuasa hari ini, kerajaan membatalkan syarat pergerakan dalam radius 10 kilometer yang dilaksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada bulan lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berikutan itu pergerakan dalam daerah yang sama adalah dibenarkan.

“Walaubagaimanapun, pergerakan rentas daerah dan rentas negeri di kawasan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Kerajaan hari ini memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang sehingga 4 Mac ini.

Bagaimapun, negeri lain iaitu Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Labuan, Putrjaya dan Sabah dikenakan PKPB manakala Perlis dilaksanakan PKPP.

Mengulas lanjut, katanya, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam PKPB, majlis perkahwinan, majlis pertunangan dan kenduri kendara.

Turut dibenarkan, katanya, ialah majlis akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, majlis hari lahir, reunion dan majlis sosial lain dibenarkan dengan had kehadiran 50 peratus kapasiti tempat.

Selain itu, katanya, operasi sektor ekonomi dilanjutkan dari 6 pagi sehingga jam 12 tengah malam.

“Mesyuarat/MICE/bengkel/seminar secara bersemuka dibenarkan dengan had 50 peratus kapasiti premis.

“Dine-in di kedai makan dibenarkan mengikut keluasan meja dengan penjarakan fizikal satu meter manakala kapasiti penumpang mengikut jumlah tempat duduk kenderaan,” ujarnya.

Sementara itu katanya, turut dibenarkan ialah perkhidmatan spa dan pusat refleksologi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here