Perkahwinan pasangan bukan Islam dibenarkan semula hari ini

0
68
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dibenarkan semula bermula hari ini di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), rumah ibadat atau persatuan agama bukan Islam.

JPN berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 9 yang dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun kebenaran itu hanya terpakai untuk kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) dan tidak untuk kawasan PKP Diperketatkan (PKPD).

Katanya, selaras dengan keputusan itu, JPN mengemas kini dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) upacara perkahwinan bukan Islam di JPN, rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam untuk panduan serta pematuhan semua pihak terbabit.

“Antara perkara yang ditambah baik adalah berkaitan kapasiti kehadiran semasa upacara pendaftaran perkahwinan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

JPN berkata, bagi upacara yang dijalankan di pejabat JPN, maksimum 10 individu termasuk pendaftar dibenarkan hadir bagi upacara pendaftaran perkahwinan sivil tertakluk kepada keluasan ruang upacara perkahwinan di premis JPN.

Katanya, jumlah kehadiran dalam upacara di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam dilaksanakan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP), berbeza mengikut kawasan pelaksanaan PKP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here