Perodua D55L dibuka untuk tempahan mulai hari ini

0
164
Zainal Abidin Ahmad

CYBERJAYA – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) hari ini mula membuka tempahan model terbaharu keluarannya, Perodua D55L.

Model terbaharu Perodua ini hadir dalam varian X, H dan AV ditawarkan dengan harga tentatif atas jalan sebelum insurans antara RM62,500 dan RM73,400 bagi Semenanjung Malaysia.

Menariknya, model D55L ini diperkasakan dengan Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) terbina pada semua varian yang ditawarkan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, D55L merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build yang menerajui gaya, keselamatan, teknologi, tahap kelengkapan dan juga nilai bagi Perodua.

Turut terdapat pada semua varian adalah “Lane Departure Warning and Prevention”, manakala varian AV didatangkan dengan “Lane Keep Control”, “Blind Spot Monitor”, ‘’Rear Cross Traffic Alert’’ dan ‘’Adaptive Cruise Control’’.

Dengan kesemua ciri-ciri ini, Perodua D55L merupakan model Perodua pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.

“Selari dengan matlamat kami untuk terus membawa lebih banyak teknologi canggih kepada orang ramai, Perodua D55L AV merupakan kenderaan Autonomi Tahap 2 yang paling mampu milik di Malaysia, menawarkan ciri keselamatan dan kemudahan canggih kepada semua.

“Kenderaan SUV kekal popular, dan Perodua D55L memenuhi trend ini dengan saiz yang kompak, gaya kontemporari dan ciri-ciri moden, menjadikannya paling sesuai untuk gaya hidup aktif seharian,” tambah beliau.

D55L juga merupakan kenderaan turbo pertama Perodua, selari dengan trend “downsizing’’ global, dan model Perodua pertama yang menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 km/liter – terbaik dalam kelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here