Pertemuan banduan dengan keluarga sempena Tahun Baru Cina masih tidak dibenarkan

0
40
Jabatan Penjara Malaysia. Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Sesi perjumpaan secara fizial antara penghuni penjara di seluruh negara dengan ahli keluarga sempena sambutan Tahun Baru Cina masih tidak dibenarkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan medianya berkata, kaedah pertemuan itu digantikan dengan perkhidmatan telefon pra bayar yang disediakan di institusi berkenaan.

“Adalah dengan Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan bahawa sesi perjumpaan di antara keluarga penghuni bersama penghuni masih belum dapat dilaksanakan.

“Pertimbangan ini dibuat sebagai salah satu langkah bagi mencegah penularan Covid-19,” menurut kenyataan dikeluarkan Unit Perhubungan Awam jabatan itu.

Penularan kes Covid-19 di beberapa buah penjara di negara ini sebelum ini mencetuskan kluster dengan jumlah kes yang tinggi dan mengambil masa yang lama untuk ditamatkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here